Sebut saja negara Singapura, tugu ikonik patung Merlion antara yang menjadi perhatian ramai dan merupakan lokasi wajib bergambar bagi setiap pelacong setiap kali ke negara tersebut.

Namun selepas ini patung Merlion berukuran 37 meter itu tidak akan lagi kelihatan apabila ianya bakal dirobohkan tidak lama lagi.

BACA: Pegawai Perubatan Dedah Orang Singapura Paling Ramai Guna Laluan Kecemasan

Memetik laporan MotherShip, Sentosa Merlion akan menamatkan operasinya pada 20 Oktober 2019, namun tarikh untuk merobohkan patung tersebut belum dimaklumkan lagi.

Menurut kenyataan Sentosa Development Corporation, tiada perancangan untuk memindahkan tugu patung Merlion itu.

Difahamkan, projek Sentosa Sensoryscape bernilai S$90 juta akan dibangunkan di lokasi tersebut. Ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan semula untuk tarikan pelancong di Singapura.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?