Guru ‘Stapler’ Telinga Anak Murid Sebab Tak Siapkan Kerja Sekolah
Seorang murid berusia 10 tahun mendakwa telinga kirinya luka sehingga berdarah selepas dikepit menggunakan ‘stapler’ oleh gurunya di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat lalu.
Difahamkan mangsa, Mohd Amir Shafuan tidak menyiapkan kerja rumah bagi subjek matematik sehingga menyebabkan telinganya di ‘staple’. Berikutan kejadian itu, murid berkenaan memaklumkan perkara itu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.
BACA: Dipukul Hingga Hilang Pendengaran, Mangsa Buli Menang Tuntutan RM616,634
Memetik laporan Sabah News, ibu mangsa, Shuaila Madidy, 32 berkata dia mendapat tahu tentang kejadian itu selepas dimaklumkan oleh kakaknya yang terkejut melihat ada tompokan darah pada baju murid tersebut.
Menurutnya ibu mangsa, dia ada bertemu dengan guru berkenaan dan bertanyakan kepadanya mengapa bertindak sedemikian namun guru tersebut hanya mendiamkan diri.
Dalam pada itu, Shuaila berkata anaknya memaklumkan bahawa guru itu menstepler telinga kirinya hingga dawai kokot melekat di bahagian bawa telinga.
Keadaan itu membuatkan anaknya menangis kesakitan sebelum guru berkenaan mencabut dawai kokot hingga menyebabkan pendarahan berlaku.
Jelasnya lagi, anaknya tidak menyiapkan kerja sekolah kerana tidak tahu membuatnya dan bukannya tidak mahu membuatnya. Malah katanya, guru sepatutnya membimbing bukan bertindak keterlaluan.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihaknya kini menunggu laporan lengkap berkenaan insiden itu yang sedang disediakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Sabah News