Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan plaintif yang ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017.

BACA: Kakak Kongsi Kisah Adiknya, Penuntut UPNM Yang Maut Sebab ‘Lemas’

Dalam kejadian berlaku pada 26 April 2015 membabitkan mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun adalah kecuaian pihak sekolah dan seperti dirancang kerana ia berlaku di bilik asrama ketua pengawas.

“Jadual warden bertugas juga sudah disusun begitu cantik, tetapi tidak berguna jika tak menjalankan tugas diamanahkan. Lebih baik letak jawatan dan jadi guru biasa sahaja.

“Bagi defendan keenam dan ketujuh pula, mereka cuai dalam menjalankan tanggungjawab memastikan kebajikan warga sekolah terutama keselamatan pelajarnya,” katanya.

Memetik laporan BH Online, mangsa dipukul, ditendang dan ditampar oleh pelajar Tingkatan Lima.

Mangsa yang ketika itu pelajar Tingkatan Dua hilang pendengaran sebelah kanan kerana gegendang telinga pecah sehingga tidak boleh melakukan aktiviti air seumur hidup serta mengalami beberapa kecederaan lain.

Plaintif yang juga pelajar pintar dan memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 2013 turut mengalami tekanan perasaan dan trauma sehingga terpaksa bertukar ke sekolah lain pada Julai 2015.

Dalam pada itu, ibu mangsa Rusaila Abdullah, 43, yang hadir ke mahkamah untuk mendengar keputusan bersyukur kerana keputusan memihak kepada anak lelakinya.

Terdahulu pada April 2017, media melaporkan seorang pelajar yang menjadi mangsa buli memfailkan tuntutan sebanyak RM2 juta terhadap sembilan pihak termasuk lima pembulinya di Mahkamah Tinggi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?