Ini sememangnya pendedahan mengejutkan tetapi berdasarkan satu kajian oleh Sisters In Islam (SIS), masih ramai wanita percaya suami berhak memukul isteri jika nusyuz atau enggan mematuhi permintaan atau arahan suami.

Dalam satu kaji selidik bertajuk “Persepsi dan Realiti Hak Umum dan Peribadi Wanita Islam di Malaysia” itu mendapati, 21% daripada 675 responden wanita Islam berpandangan sedemikian.

BACA: Gara-Gara Jumpa Rambut Dalam Bubur, Suami Botakkan Kepala Isteri

Itu termasuklah keluar rumah tanpa izin atau enggan bersetubuh. Sementara itu, kira-kira 70% wanita terima suami berhak mengamalkan poligami, tetapi hanya kalau dia boleh melayan semua isteri dengan adil.

Bagaimanapun, hanya 32% responden akan membenarkan suami berkahwin lain. Namun begitu, kira-kira 92% setuju wanita berhak minta cerai dalam apa jua keadaan.

Tinjauan itu dijalankan oleh syarikat kajian Ipsos antara 2018 dengan 2019 menerusi dua fasa melibatkan responden berusia 18 dengan 55 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang