Sebut saja bubble tea atau boba pasti ramai tahu ianya mula-mula popular di Taiwan sehinggalah kini menjadi fenomena di Malaysia. Sana sini ada sahaja kedai menjual minuman bubble tea.

Malah, banyak syarikat atau pengusaha makanan tidak mahu melepaskan peluang untuk menghasilkan menu berasaskan boba, termasuklah rangkaian restoran pizza terkemuka, Domino’s Taiwan turut memperkenalkan Pizza Boba.

BACA: Dietitian: Hanya 2 Cawan Boba Sebulan Untuk Elakkan Obesiti, Diebetes

Melihat gambar yang dikongsikan nampak sangat menyelerakan dimana, pizza tersebut dilimpahi dengan boba, madu dan keju tarik.

Menu tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Malah, lebih mengejutkan ramai yang sukakan rasanya. Seorang netizen berkongsikan, dia tidak menyangka gabungan piza bersama boba sebenarnya sangat sedap.

Menu tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Malah, lebih mengejutkan ramai yang sukakan rasanya. Seorang netizen berkongsikan, dia tidak menyangka gabungan piza bersama boba sebenarnya sangat sedap.

 

Namun untuk pengetahuan anda, Domino’s bukanlah restoran piza pertama di Taiwan yang menawarkan Pizza Boba, sebelum ini sebuah restoran Foodie Star terlebih dahulu memperkenalkan menu tersebut pada tahun 2015.

Sebelum ini dah ada kek boba, nasi boba, agak-agak bila menu ini akan diperkenalkan di Malaysia pula. Mesti ramai yang nak cuba nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang