Masalah perut buncit dikalangan lelaki bukanlah perkara baru. Malah perut buncit sering dikaitkan dengan lelaki yang sudah berkahwin kononnya semakin bahagia. Jika suami anda memiliki perut buncit, mungkin mereka boleh sertai pertandingan ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu pertandingan di Sabah sebagai tanda pengiktirafan buat kaum lelaki yang memiliki perut buncit. Menariknya, pemenang tidak hanya pulang dengan tangan kosong.

BACA: Beg Pinggang ‘Perut’ Realistik Tarik Perhatian

Hadiah wang tunai ditawarkan buat pemenang dimana tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 400, tempat kedua pula RM 300 manakala ketiga pula RM 200 dan sebanyak RM 50 akan diberikan kepada pemenang saguhati.

Cara untuk menang sangat sahaja, lagi besar perut anda, lebih besar potensi untuk anda menang.

Jadi buat lelaki di luar sana yang memiliki perut buncit, boleh la cuba sertai pertandingan ini. Mana tahu perut buncit anda itu sebenarnya membawa tuah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱