Niat Tolong Orang Berniaga Dibalas Cacian
Biasanya peniaga-peniaga di bazar Ramadan akan menarik perhatian pengunjung-pengunjung bazar untuk membeli makanan atau minuman yang mereka jual dengan menjaga hati pelanggan.
Namun, apa yang berlaku kepada seorang gadis ini agak mengejutkan kerana dia dicaci oleh peniaga yang menjual kebab di sebuah bazar.
BACA: Mahu Elak Keracunan Makanan? Baca 5 Perkara Penting Ini
Seorang gadis dikenali sebagai Innanie Ariffin memuat naik status di laman sosial Facebook selepas dia balik dari bazar berdekatan dengan pejabatnya.
Dia mendakwa dicaci oleh peniaga menjual kebab di bazar Ramadan ketika ingin membeli makanan untuk berbuka puasa dua hari lepas.
Pada mulanya dia berasa kasihan melihat gerai tersebut kosong lalu membuat keputusan untuk membeli makanan di gerai itu. Niatnya untuk menolong peniaga itu untuk mendapat jualan dibalas dengan cacian apabila peniaga tersebut mengatakan bahawa tidak cukup membeli satu kebab sahaja.
Malah, lelaki itu turut menambah bahawa Innanie perlu membeli lima kebab jika mahu kenyang sambil ketawa sinis bersama rakan-rakannya. Dia yang memahami perlian tersebut tidak berdiam diri lalu menjawab kepada peniaga itu untuk mempertahankan dirinya.
“Sepanjang jalan tadi, saya nampak kedai abang kosong. Tak ada orang. Ada kedai kebab hujung sana. Tapi saya tak jadi singgah sebab teringat kedai abang ni. Niat saya memang nak beli kat abang sebab nak membantu. Yelah, sendu bila orang lain masyuk tapi abang masih lagi bekas kosong,” katanya.
“Tapi, dengan mulut abang yang macam ni, sesedap rasa menghina orang gemuk, saya rasa ini last lah saya beli dari abang. Abang boleh makan lah sendiri kebab ni. Orang berniaga hati customer kena dijaga bang. Abang pulak, dapat customer dihina. Takpelah! Lagi satu, abang ingat org gemuk tu pelahap ke?,” tambahnya sambil meletakkan wang RM5.
Akhirnya lelaki tersebut bersama rakan-rakannya terus terdiam seribu bahasa. Ramai pengguna laman sosial menyokong tindakan Innanie dan ada juga menyifatkan sikap peniaga itu sebagai manusia mulut jahat dan hati busuk.
Ada juga yang berkongsi pengalaman agak serupa dan memahami apa yang dilalui oleh gadis itu dan memintanya bersabar dengan karenah manusia yang bermacam-macam jenis.
Kita seharusnya menjaga tutur kata dengan orang lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Sia-sia sahaja puasa jika anda tidak menjaga adab dan percakapan sepanjang bulan Ramadan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah
- SUMBER
- FB INNANIE ARIFFIN