Lebih 2 bilion kanak-kanak dan orang dewasa seluruh dunia mengalami masalah kegemukan atau obesiti. Proses pemodenan dan diet yang teruk menyumbang kepada punca kegemukan, mengikut Journal of Medicine.

BACA: 5 Punca Badan Makin Gemuk Ketika Bulan Ramadan

Gambar sekadar hiasan

Amerika Syarikat merupakan negara yang mempunyai peratusan paling ramai kanak-kanak dan remaja obesiti di seluruh dunia iaitu sebanyak 13 peratus.

Manakala Mesir pula mempunyai 35 peratus dari jumlah populasi negara mereka yang mengalami masalah obesiti dalam kalangan orang dewasa malah menjadi negara paling ramai orang dewasa mengalami obesiti di dunia.

Sebanyak 2.2 bilion penduduk dunia disahkan gemuk pada tahun 2015 serta lebih 710 juta dari jumlah itu disahkan mengalami penyakit obesiti.

Selain itu, Sebanyak 40 peratus dari 4 juta penduduk dunia menderita disebabkan indeks jisim badan (BMI) yang tinggi dan hampir mencecah tahap obesiti.

Sesiapa mempunyai indeks BMI 25 hingga 29.9 dianggap sebagai gemuk dan jika mencecah BMI 30 dan ke atas pula dianggap obesiti.

Gambar sekadar hiasan

“Mereka yang buat tak tahu mengenai berat badan berlebihan akan tanggung risiko penyakit kardivaskular, diabetes, kanser dan banyak lagi penyakit yang mengancam nyawa,” kata Dr. Christopher Murray, Pengarah Institusi Metrik dan Penilaian Kesihatan di University of Washington.

Goodarz Danaei, Penolong profesor di Harvard T.H. Chan School of Public Health menggelar situasi ini sebagai obesity epidemic.

“Kita perlu kawal kesan obesiti dengan baik secara global dan bantu mereka yang mengalami obesiti untuk mengurangkan berat badan,” ujar Danaei.

Kita harus menjaga pemakanan dan mengambil berat jenis makanan yang dimakan bagi mengelakkan menjadi obesiti. Obesiti juga akan membuatkan kesihatan anda menjadi semakin teruk dan berisiko mendapat penyakit berbahaya seperti kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan bermacam-macam lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?