Peniaga Cendol Tutup Kedai Kerana ‘Takut’ Isteri
Baru-baru ini tular foto satu notis di media sosial dimana seorang peniaga di Petaling Jaya bertindak menutup kedainya buat sementara waktu gara-gara takutkan isteri.
Difahamkan notis itu ditampal di pintu kedai sekaligus menimbulkan rasa lucu di kalangan netizen.
BACA: Kedai Makan Di Kelantan Tutup Pukul 12 Malam Mulai 2020
Turut menjadi perhatian, peniaga tersebut turut menulis “Wife On Strike, Forced to take a break” bermaksud isterinya sedang mengamuk, terpaksa tutup kedai sebentar.
Peniaga itu turut menyatakan bahawa kedainya ditutup bermula 18 November sehingga 29 November dan akan dibuka semula pada 30 November.
Turut disertakan ikon menangis seolah-olah tidak mempunyai pilihan dan hanya mengikuti ‘arahan’ isterinya sahaja.
Berdasarkan notis tular itu, kedai tersebut bernama Cheendol terletak di Taman Paramount Petaling Jaya yang menjual Cendol nyonya, kuih muih dan ais kacang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Free Malaysia Today