Selalunya wanita yang perlu mengambil pil perancang untuk merancang kehamilan. Manakala lelaki pula akan memakai kondom untuk memastikan tidak terjadinya kehamilan yang tidak dirancang.

Dengan zaman yang semakin maju dan teknologi semakin berkembang, suntikan pencegah kehamilan khusus untuk lelaki bakal diwujudkan tidak lama lagi.

BACA: Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Lepasi Ujian Keselamatan Manusia

Ianya merupakan yang pertama di dunia, sekumpulan pengkaji di India telah pun menyiapkan sebuah alat kontraseptif khas buat kaum lelaki dengan kadar keberkesanan sebanyak 97% tanpa kesan sampingan.

Difahamkan, alat kontraseptif itu berfungsi melalui suntikan pada bahagian vas deferens, iaitu tiub mengandungi sperma berdekatan dengan testikel.

Suntikan sejenis polimer itu akan menyekat sperma dari meninggalkan testis, dengan satu suntikan lagi boleh dilakukan untuk menterbalikkan proses tersebut. Menurut pengkaji, suntikan itu berkesan sehingga 13 tahun.

Suntikan perancang pertama di dunia untuk lelaki ini sudah pun bersedia dan dikemukakan kepada Ketua Pengamal Ubatan India sama ada mendapat kelulusan untuk dijual secara komersial serta dianggarkan memakan masa dalam tempoh 6 bulan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥