Netizen Terkejut Masjid Indonesia ‘Booking’ Saf Khas Untuk Menteri
Jangan terkejut, zaman sekarang bukan hanya restoran sahaja yang boleh ditempah awal malah saf di masjid juga boleh. Kebiasannya setiap kali sembahyang jemaah di surau atau masjid, siapa yang paling awal akan duduk di barisan hadapan.
Siapa yang lambat, adakalanya terpaksa solat diluar. Namun sebuah masjid di Indonesia, saf untuk menunaikan solat boleh di ‘booking’ awal-awal sebelum diambil orang.
BACA: Masjid Razaleigh Menyerupai Masjidil Haram Tarikan Baru Di Kelantan
Baru-baru ini tular satu gambar menunjukkan saf solat berserta tanda nama pada lantai bahagian tersebut sudah pun di ‘booking’ oleh individu terbabit. Difahamkan, saf itu di ‘booking’ khas untuk golongan menteri yang akan solat di masjid berkenaan.
Wdyt? Nabi Muhammad dan sahabatnya menangis melihat ini pic.twitter.com/169NOLeJfL
— AREA JULID (@AREAJULID) November 29, 2019
Perkara itu menimbulkan perdebatan di kalangan netizen yang mempersoalkan jemaah lain yang sampai lebih awal terpaksa solat di saf lain kerana tempat tersebut sudah siap di ‘booking.
Malah, netizen juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak masjid yang membenarkan perkara ini berlaku. Netizen juga tertanya-tanya bagaimana jika individu tersebut tidak datang bagaimana pula jemaah hendak merapatkan saf.
Perkara itu turut mendapat perhatian rakyat Indonesia sendiri yang juga malu untuk mengaku bahawa mereka merupakan bangsa Indonesia disebabkan perkara itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram