Seperti diketahui, setiap hujung tahun kebanyak negeri di Pantai Timur akan dilanda banjir apabila tiba musim tengkujuh. Setakat ini, banjir yang melanda telah mengorbankan dua nyawa.

Terbaru, satu perkongsian di Facebook dimana seorang budak lelaki kini kritikal dan berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan lintah memasuki lubang punggungnya ketika bermain air banjir di rumahnya.

BACA: Kisah Sedih Ibu Terpaksa Simpan Jenazah Anak Dalam Peti Mayat

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu. Menurut laporan, perkara itu disedari oleh ahli keluarga apabila kanak-kanak lelaki itu mula muntah darah dan dikejarkan ke hospital.

Pihak hospital berjaya mengeluarkan lintah tersebut, namun keadaan kanak-kanak itu kini dalam keadaan koma.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian itu pengguna Facebook berkenana turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan anak buahnya serta memberikan peringatan agar berwaspada ketika musim banjir ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥