Isu ‘double park’ atau kereta diparkir menghalang kenderaan lain bukanlah perkara baru di Malaysia. Sering kali kita melihat pemandu menekan hon kereta kerana kereta dihalang untuk keluar dan adakalanya terpaksa menunggu lama.

Lebih mengundang kemarahan, apabila si pemandu yang menghalang kenderaan lain itu tidak menurunkan brek tangan mahupun meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

BACA: Wanita Hamil Mahu Saman Pekerja Delivery Lambat Hantar Kondom

Seperti yang dilalui oleh pemuda ini, berang kerana kereta yang diparkir dihalang kenderaan lain, dia bertindak meninggalkan kondom buat si pemandu.

Tidak menyatakan lokasi kejadian tersebut, pemuda itu memberitahu kereta yang diletaknya dalam petak tempat letak kereta dihalang MyVi hitam. Malah, pemiliknya tidak meletakkan nombor telefon dan brek tangan tidak diturunkan.

Pemuda itu turut meninggalkan sekeping nota khas buat pemandu, “Terima kasih kerana menghalang kereta saya. Sila gunakan ini kerana kami tak mahu ada lagi ‘kamu’.

Difahamkan, masalah tersebut selesai keesokan paginya apabila pemuda itu melihat kenderaan itu tidak lagi berada di situ.

Perkara itu mendapat perhatian netizen yang turut meluahkan rasa berang dengan sikap pemandu yang pentingkan diri. Malah, ada yang berkata masalah itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan mendapatkan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT).

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)