Kerajaan Akhirnya Gantung Sementara Kemasukan Pelancong China
Wabak misteri coronavirus yang menyerang wilayah Wuhan, China sekaligus menimbulkan panik dan kebimbangan dikalangan rakyat Malaysia apabila empat warga China di Malaysia disahkan positif virus tersebut.
Susulan itu, satu pestisyen dilancarkan menuntut kerajaan menyekat pelancong dari China datang ke Malaysia. Difahamkan, baru sahaja tiga hari dilancarkan, petisyen tersebut sudah menerima hampir 400,000 tandatangan sokongan.
BACA: Elak Wabak Coronavirus, Masjid Putra Ditutup Kepada Bukan Islam
Nampaknya, ramai rakyat menarik nafas lega berikutan keputusan kerajaan hari ini menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada warganegara China khususnya dari Wuhan dan Hubei sebagai langkah membendung coronavirus.
Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 27, 2020
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan berkuat kuasa serta merta itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan koronavirus.
Ini bermakna Entry (kemudahan tanpa visa), visa semasa ketibaan (Visa On Arrival), e-visa dan visa manual kepada rakyat dari negara tersebut khususnya dari Wuhan, Hubei dan sekitarnya telah digantung perkhidmatannya bari warganegara China.
Dalam pada itu, menerusi laman Twitter, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kepada rakyat agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan rasa panik dan juga ketidaktenteraman kepada masyarakat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram