Seperti diketahui wabak coronavirus bukan saja mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia malah rakyat negara kita apabila apabila empat warga China yang datang ke Malaysia disahkan positif wabak tersebut.

Susulan kebimbangan terhadap wabak yang mula menular itu, Masjid Putra di Putrajaya telah ditutup bagi tujuan lawatan buat pengunjung bukan beragama Islam.

BACA: 2 Kanak-Kanak Warga China Di Langkawi & 7 Anak Kapal Malindo Air Dikuarantin

Jurucakap pengurusan Masjid Putra berkata penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.

Bagaimanapun, pelawat bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja daan tidak lebih daripada itu.

Masjid Putra dan Dataran Putra sering menjadi tumpuan pelancong terutama daripada luar untuk beriadah dan mengambil gambar kerana seni binanya yang unik.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱