Pagi ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita menyayat hati iaitu pusat tahfiz di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat terbakar hingga mengorbankan lebih 20 orang di tempat kejadian.

Apa yang lebih menyedihkan, api kebakaran masih lagi marak terutama di tingkat paling atas ketika azan subuh berkumandang awal pagi tadi.

BACA: Gagal Padam Api, Pelajar Tahfiz Tekad Laung Azan

A post shared by Berita Harian (@beritaharian) on

Video dari laman sosial Instagram Berita Harian menunjukkan kebakaran dipercayai bermula dari tingkat atas bangunan itu.

Sumber dari bharian.com.my

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memberitahu bahawa mereka mendapat panggilan kecemasan kebakaran pada pukul 5.10 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Sumber dari mynewshub.cc

“Berdasarkan maklumat awal kami, lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dipercayai terkorban dalam kebakaran itu,” ujar pihak bomba.

Sumber dari bharian.com.my

“Anggota kami masih berada di lokasi kejadian setakat ini,” jelasnya. Jalan Keramat Hujung ditutup sementara berikutan kejadian yang berlaku itu.

Semoga semua mangsa yang terkorban ditempatkan dalam golongan yang beriman dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nyaris Kena Halau Di Tsukiji Market?