Kini demam Akademi Fantasia kembali apabila konsert AF Megastar yang bakal berlangsung tidak lama lagi menampilkan beberapa artis termasuk bekas bintang Akademi Fantasia.

Ramai yang terkejut apabila salah seorang bintang Akademi Fantasia (AF), Amylea kelihatan langsing dan tertanya-tertanya apakah rahsianya mengenai tips untuk menurunkan berat badan.

BACA: Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus

Sebelum ini, bintang AF musim ketiga dan mendapat tempat ketiga dalam program realiti nyanyian itu kelihatan agak berisi namun dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram (kg) dalam masa sebulan.

Dia turut berkongsi tips dan menu diet harian di akaun laman sosial Facebook miliknya setelah mendapat permintaan ramai yang memintanya untuk memberi tips diet.

Dengan ketinggian 149cm, berat badan yang ideal untuknya adalah 42kg tetapi dia ingin membina otot agar mendapat bentuk badan yang ideal dengan berat 47kg.

Selain itu, Amylea turut memberitahu bahawa dia mengamalkan pemakanan diet dari pakar pemakanan India dan berjaya menurunkan berat sebanyak satu kilogram sehari.

Walau bagaimanapun, diet yang diamalkannya tetap mempunyai cheat day seperti diet-diet lain dan Amylea turut mengawal portion makanan yang diambil terutama semasa hari cheat day.

Tambahnya lagi, sesiapa yang mengamal diet sebegini tidak akan mengalami perut meragam dan perut buncit dan berat badan akan turun dengan banyak dalam masa sebulan.

Tetapi, anda jangan pula menahan lapar hanya kerana ingin kurus tanpa menjamah apa-apa jenis makanan. Apa yang penting, makan makanan berkhasiat dan banyakkan minum air putih.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bubur Ayam Ganja Dibalik Tak Tumpah? | Bandung Part 03