Dendam Sampai Bakar, Punca Dari Ejek Mengejek
Usaha pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Taman Datuk Keramat akhirnya berjaya menahan 7 orang suspek berusia 11 hingga 18 tahun. Melalui laporan Harian Metro itu juga, 6 daripada 7 suspek itu positif dadah.
BACA: Ini Luahan Siti Hasmah Terhadap Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh turut memohon agar warga laman sosial menghentikan mesej yang viral kerana perkara tersebut akan mengganggu proses perbicaraan mahkamah.
Jika anda ada masa lapang dan mahu menyampaikan perkara yang benar, berikut merupakan beberapa butiran penting yang dilaporkan oleh Harian Metro dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (16 September, jam 8.20 malam).
Segala butiran ini adalah kenyataan dari Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.
+ Dua daripada mereka (suspek) ada rekod lampau iaitu mencuri dan rusuhan. Motif kejadian adalah berpunca dari ejekan antara kedua-dua pihak
+ Mereka yang membawa tong gas. Polis sudah selesai kes dengan tangkapan semua suspek
+ Dapat CCTV daripada PPIM dan daripada itu, dapat imej suspek.
+ Satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran. Tidak wajar untuk menceritakan proses pembakaran itu dilakukan. Mereka positif dadah jenis ganja
+ Akan siasat sama ada pengurusan pusat tahfiz tahu mengenai perselisihan faham. Motif memang untuk bakar pusat tahfiz itu. Mereka hanya berniat untuk bakar bangunan itu.
+ Tiada dadah dijumpai bersama suspek. Pakaian dan motosikal akan dihantar ke makmal untuk analisa. Gas silinder itu dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas oleh suspek.
+ Dua tong gas digunakan secara keseluruhan dalam kejadian ini. Disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama
+ Mungkin usia mereka dan kematangan itu, mereka tidak tahu niat untuk membakar itu akan membunuh orang. Mereka ambil ganja sebelum melakukan tindakan itu
+ Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian
+ Semua tujuh orang itu bukan pelajar tahfiz. DBKL akan siasat pemilik pusat tahfiz atas kesalahan beroperasi tanpa kelulusan
BERITA BERKAITAN:
5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan
Sultan Johor: Tutup Premis Haram, Termasuk Tahfiz