Merajuk Punya Pasal…
Perselisihan faham boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar batasan kerana terlalu mengikut emosi. Seorang wanita nekad untuk terjun ke dalam Taman Tasik Taiping, 3.15 petang semalam akibat merajuk dengan suaminya. Bomba turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan wanita itu.
BACA:Kisah Cerai Talak 3 Sebab Mak Mertua Yang Viral
Kehilangan wanita berusia 20-an itu disedari suaminya selepas menjumpai sepasang selipar milik isterinya di tepi kawasan tebing tasik.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Musa Abdul Wahab memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang pukul 3.16 petang.
“Gerakan mencari dilakukan, namun tidak lama kemudian, mangsa ditemui selamat oleh orang awam setelah naik di tebing,” jelasnya.
Wanita itu dilihat menaiki tebing dengan sendiri berhampiran Hotel Seri Malaysia dalam keadaan selamat.
Kami difahamkan pasangan suami isteri itu mengalami masalah rumah tangga dan suaminya meyangka isterinya lemas di dalam tasik tersebut.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan janganlah kita membuat keputusan terburu-buru serta mengikut emosi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kenapa Adik Tak Nak Salam Beckham?
Ini Saham Akhirat Datuk Seri Vida
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Benda Sotong Ultraman & Udang Gorgon Ni?
- SUMBER
- SINAR HARIAN