Ingatkan bersalin lambat lagi, seorang wanita terkejut apabila melihat kepala bayi terkeluar ketika dia mahu membuang air kecil di sebuah stesen minyak Shell di Batu Kurau, Perak dan bernasib baik jeritannya didengari oleh pekerja stesen minyak tersebut.

BACA: Kisah Benar Karipap Berinti Sebiji Bawang

Nurshamila Ishak, 27 tahun, berkata dia sepatutnya bersalin pada 27 September depan tidak menyangka akan bersalin awal dari tarikh jangkaan.

“Saya terasa hendak buang air kecil dan tiba-tiba kepala bayi keluar,” menurut laporan Harian Metro.

Semasa kejadian, Nurshamila menaiki motor bersama suaminya, Abdul Majid Amik, 48 tahun, mahu pergi ke Hospital Taiping untuk rawatan.

Menurutnya, dua pekerja yang mendengar jeritannya itu membantu dirinya sementara menunggu ambulans tiba di stesen minyak berkenaan.

Sementara itu, pengurus stesen minyak, Ruzilah Abdul Talib berkata, bayi baru lahir itu akan dijadikan sebagai anak angkat stesen minyak tersebut kerana ia merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di stesen mereka.

Nasib baik ibu kepada bayi itu sempat bertindak pantas walaupun berada dalam keadaan terkejut. Semoga ibu dan bayi tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik selepas mendapat rawatan hospital.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gambar Anak Pelarian Teruja Abang Bawa Juadah Berbuka
Kajian: Hampir Suku Populasi Dunia Mengalami Obesiti

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!!