Selain bertujuan untuk mengajak orang Islam menunaikan solat, azan juga telah menarik perhatian beberapa orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

Antaranya ialah seorang lelaki Cina di Marang, Terengganu, yang dahulunya seorang pengutip hutang, kini memeluk Islam selepas rasa tenang bila dengar azan berkumandang.

BACA: Rumah Dekat Surau, Lelaki India Boleh Azan & Hafal Surah

Berdiri hujung kiri

Pemuda berbangsa Cina, Muhamad Shahriman Abdullah, 28 tahun, berkata kehidupannya berubah 360 darjah selepas memeluk Islam.

Jika dahulu dia melalui kehidupan gelap dengan pekerjaan meminta hutang dan kerja sambilan di kelab malam, kini dia lebih tenang dengan berniaga burger dan ayam goreng Kampung Rhu Rendang.

Sebab utama dia masuk Islam bila dia sedang mengutip hutang di sebuah rumah. Ketika itu azan berkumandang membuatkan perasaan marahnya hilang serta-merta.

“Badan saya masa tu terus menggigil tanpa sebab, tapi saya faham maksud azan yang berkumandang. Saya juga hairan kenapa kemarahan saya reda dan sedar saya dah melampaui batas,” katanya.

“Akhirnya saya nekad berhenti kerja termasuk di kelab malam untuk beri perhatian pada kerja lebih baik sebelum memeluk Islam pada 29 September 2014 dan berkahwin dengan orang Kemaman,” jelasnya.

Menurutnya, dia lebih menghargai Islam selepas memeluk agama itu dengan mengamalkan amalan dan perintah yang disyariatkan dengan bimbingan isteri, Samsu Yanti Rozali, 30 tahun.

“Sebab itu saya perlu hidup berpegang pada Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Tak kisah sama ada kita keturunan Islam atau baru memeluk Islam. Nasib saya juga baik sebab jawatankuasa Masjid Rhu Rendang sentiasa membantu,” sambungnya.

Agak tersentuh apabila kami membaca perkongsian kisah dari Shahriman. Semoga dia istiqomah dan dapat menjalani kehidupan dengan tenang di samping isteri tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gagal Padam Api, Pelajar Tahfiz Tekad Laung Azan
Azan Awal Sangat, Rakyat Kelantan Terpaksa Ganti Puasa
Tunggu Azan Untuk Makan, Lelaki Cina Jadi Perhatian

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka