Khabar ini pastinya membuatkan ramai orang di selatan tanah air tersenyum girang apabila IKEA akan memulakan operasi gedung terbesar mereka di Asia Tenggara berkeluasan 46, 713 meter persegi yang terletak di Tebrau, Johor Bahru bermula 16 November akan datang ini.

BACA: 2 Resepi Ringkas Kuih Raya Daripada Ikea Untuk Anda

Gambar: Facebook What’s going on in Johor Bahru?

Dinamakan IKEA Tebrau juga merupakan gedung pertama yang beroperasi di selatan Semenanjung Malaysia yang mempunyai kesemua ciri gedung IKEA yang sama di tempat lain.

Menurut Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara, Mike King memberitahu Harian Metro, IKEA Tebrau ini mempunyai 54 bilik pameran kelengkapan rumah dengan lebih 8,000 hiasan rumah rekaan Sweden.

Gambar: Harian Metro

Ditambah pula dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang tinggi pastinya orang ramai akan menjadikan IKEA Tebrau sebagai tempat untuk membeli belah.

IKEA Tebrau ini terletak di lokasi yang strategik kerana ia boleh diakses menerusi Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Gambar: Facebook What’s going on in Johor Bahru?

Demi memberikan kemudahan kepada para pelanggan, IKEA Tebrau juga menyediakan 1,771 parkir lengkap dengan stesen mengecas kereta elektrik. Dalam satu-satu masa gedung ini boleh memuatkan seramai 750 pelanggan.

Gambar: Facebook What’s going on in Johor Bahru?

Sementara itu, Pengurus Gedung IKEA Tebrau Annie Chandler turut memberitahu buat masa ini pihak IKEA sedang melakukan persiapan terakhir sebelum pembukaan gedung tersebut seperti pemasangan dalaman, penyediaan operasi dan pelatihan pekerja kepada seramai 300 pekerja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram