Biasanya kebakaran berlaku berpunca dari pelbagai sebab namun apa yang berlaku di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan ini agak misteri kerana sebuah rumah keluarga terbakar secara tiba-tiba sejak tujuh tahun lepas kini mengikuti keluarga tersebut walaupun sudah berpindah.

BACA: Lagi Pusat Tahfiz Terbakar

Sumber dari karyahati.com

Rumah keluarga didiami Zainab Sulaiman, 80 tahun, menantunya Ropeah Zakaria, 50 tahun, dan cucu-cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21 tahun, Wan Nor Fatihah, 19 tahun, dan Wan Nor Fatini, 17 tahun, terbakar tanpa sebab pada 19 September lalu menyebabkan mereka hilang tempat berteduh.

Sebelum ini, keluarga tersebut berpindah ke beberapa tempat untuk mengelakkan api misteri itu mengikut mereka namun tak berjaya.

Sumber dari hmetro.com.my

Anehnya, rumah saudara yang mereka tumpangi turut terkena tempias api misteri apabila beberapa helai pakaian, kain sejadah dan tuala terbakar di dalam dua bilik pada Jumaat lepas.

Saudara Zainab dan juga pemilik rumah, Faridah Sulaiman, 75 tahun berkata, api misteri itu muncul lima kali pada hari tersebut dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di dalam dua bilik.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed meminta keluarga berkenaan merujuk kes itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) untuk siasatan lanjut, lapor Harian Metro.

Agak bahaya juga jika kita sedang nyenyak tidur tiba-tiba api muncul di dalam bilik. Bayangkan berapa banyak kerugian keluarga ini tanggung kerana rumah dan barang-barang mereka terbakar.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gagal Padam Api, Pelajar Tahfiz Tekad Laung Azan
Bihun Sup ‘Berapi’ RM13 Semangkuk?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Minum Rassam Di Pulau Pinang?