Singapura bakal menjadi negara pertama selain dari Jepun untuk menjadi pengeluar beras paling mahal di dunia apabila Guinness Book of World Records mengesahkan bahawa Kinmemai Premium Rice dijual dengan harga USD50 (RM211) sekilogram.

BACA: Jual Kuih Tradisional Jana RM10,000 Sebulan

Apa yang membuatkan beras itu mahal kerana ia mengandungi bijirin beras terbaik daripada daerah Gunma, Gifu, Kumamoto, Nagano dan Niigata di Jepun.

Menurut Channel News Asia, setiap daripada bijirin beras ini telah disebatikan selama enam bulan sekaligus membuatkan ia lebih sihat dan manis berbanding beras yang sedia ada dalam pasaran.

Kinmemai ketika ini memiliki dua jenis beras yang dinamakan Better White yang dijual dengan harga RM29 sekilo sementara Better Brown RM30 sekilo.

Pengguna boleh mendapatkan beras premium bernilai RM211 sekilo secara online di www.kinmemai.com.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram