Akhirnya Ada Cara Mudah Nak Guna Touch N Go
Penggunaan Touch N Go di setiap plaza tol merupakan satu bentuk kemudahan bagi pengguna jalan raya kerana tidak perlu lagi beratur panjang membayar tol secara tunai. Bagaimanapun, masih ada yang mengambil masa agak lama di lorong Touch N Go gara-gara sukar untuk menyentuh papan elektronik bagi membuat bayaran.
BACA: Sanggup Jual Dara Demi iPhone 8
Senario ini sering dihadapi pemandu yang tidak terlalu tinggi dan memiliki tangan yang pendek. Lantas, mereka terpaksa menanggalkan tali pinggang keledar lalu membuka pintu bagi membuat pembayaran.
Tetapi pengguna jalan raya tidak perlu lagi berdepan kepayahan ini apabila ada individu yang telah menjual batang Touch N Go bagi memudahkan setiap pemandu.
Seorang pengguna Facebook, Samantha Leong, sedang menjual produk inovatif ini dengan warna yang pelbagai. Setiap batang dijual dengan harga RM20 termasuk pos.
Difahamkan, batang Touch N Go ini turut dijual di Shopee Malaysia dengan harga RM40.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Rambang Mata Weh Pilih Lebih 80 Lauk Kat Sini
- SUMBER
- Hype