Kebiasaannya, jika kita ingin mendapatkan sesuatu yang di luar kemampuan, seseorang yang berfikiran celik akan membuat keputusan untuk menyimpan wang atau menambah pendapatan dengan melakukan kerja sambilan namun tidak bagi gadis berusia 17 tahun di China apabila dia memilih untuk menjual harga dirinya demi mendapatkan iPhone 8.

BACA: Berhenti Rokok 6 Bulan Boleh Beli iPhone 8

Meskipun situasi getir itu hanyalah satu ‘prank’ yang dilakukan oleh vlogger terkenal Beijing, Nana.

Namun dia berasakan pentingnya untuk memberikan pengajaran kepada gadis itu.

Segalanya bermula apabila gadis yang dikenali sebagai Xiao Chen, menawarkan maruah dirinya secara atas talian dengan harga USD3,019 (RM12,767).

Dia merancang untuk menggunakan duit tersebut bagi membeli Apple iPhone 8.

Nana, yang menjumpai iklan tersebut mula mengaturkan pertemuan dengan gadis itu dengan menyamar sebagai setiausaha kepada seorang ahli perniagaan.

Dalam temu bual yang direkodkan Nana, gadis itu berkata:”Kawan saya semua dah beli iPhone 8. Saya juga mahukan perkara sama. Tetapi saya tidak ada duit yang banyak.”

Chen turut mendedahkan idea itu timbul selepas salah seorang daripada kenalannya melakukan perkara sama.

“Apa yang saya perlu lakukan hanyalah baring dan segalanya akan berakhir selepas itu. Saya sudah fikir dengan sedalam-dalamnya,” tambah Chen.

Nana kemudiannya mengaturkan pertemuan gadis itu bersama ahli perniagaan tersebut.

Video itu jelas menunjukkan seorang lelaki bertemu dengan gadis itu di dalam bilik hotel.

Lelaki tersebut kemudiannya menyerahkan iPhone 8 sebelum mereka duduk bersama di hujung katil.

Bagaimanapun, Chen mula ketakutan apabila lelaki tu memanggil tiga lelaki lain yang tidak berpakaian yang keluar daripada bilik mandi sambil memegang kamera.

Ikuti keseluruhan video tersebut:

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kasut Paling Mahal?