Kang Gary Pekena Cendol Di Pulau Pinang
Sejak dia menyepikan diri selepas berita perkahwinannya mengejutkan semua pihak, kini Kang Gary, penyanyi rap dan bekas peserta rancangan gameshow Running Man, kembali aktif di akaun laman sosial Instagram dengan memuatnaik gambar dia berkunjung ke Malaysia untuk promosi konsert di Pulau Pinang.
BACA: Hilang Pasport, Denda Sehingga RM1,000
Minggu lepas Kang Gary atau lebih mesra disapa Gary telah tiba di Pulau Pinang untuk mempromosikan konsert solonya yang bakal diadakan di sana. Sebelum ini, dia telah membatalkan konsert yang sepatutnya diadakan pada 21 Mei lalu atas sebab-sebab tertentu.
Semasa kunjungannya ke negara ini, dia dilihat gembira bersiar-siar di Pulau Pinang sambil mencuba makanan dan minuman tempatan seperti cendol. Terdapat beberapa gambar dikongsi olehnya di laman sosial Instagram yang menarik perhatian orang ramai.
Dia juga dikatakan meminati cendol kerana dia memuatnaik gambar cendol lagi sekali pada keesokan hari dengan status cendol love di laman sosial.
Selain itu, dia turut mencuba jelly egg serta menikmati pemandangan di Rainbow Skywalk, Menara Komtar.
Nampaknya Gary bijak dalam menarik pelancong untuk datang ke Malaysia kerana gambar-gambar yang dikongsinya sangat menarik.
Ramai memberi komen memuji hasil gambarnya malah ada yang berkata mereka sendiri tidak pernah mencuba makanan yang dimakan oleh Gary walaupun berasal dari Malaysia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Di Penang, Kami Makan Rojak Sambil Tonggek!
- SUMBER
- MSTAR