KFC kini mengorak langkah maju ke hadapan dengan misi menghantar burger ke angkasa. Mereka menggunakan belon udara yang diisi dengan bekas berbentuk bucket KFC yang berisi burger Zinger terbaru.

BACA: Inilah Kisah Keluarga ‘Raja’ Burger Arab Saudi

Mereka melancarkan belon udara mengandungi burger itu pada khamis lalu dan membiarkan ia berada pada ketinggian 80,000 kaki atau 24.3 kilometer dari permukaan laut.

Misi yang mengambil masa selama empat hari ini juga memberi makna kepada syarikat World View kerana mereka memainkan peranan penting dalam misi menerbangkan burger Zinger ke angkasa. Selain itu, sistem Stratollite mampu membuatkan burger terapung di angkasa.

Sumber dari worldview/kfc

Walau bagaimanapun, pihak World View berharap agar sistem itu dapat mengambil gambar bumi dari angkasa dan mereka juga akan melancarkan sistem solar yang akan membuatkan Stratollite terapung di angkasa berbulan-bulan tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, anda boleh mengikuti perkembangan terkini burger Zinger tersebut di kfcin.space untuk maklumat lanjut. Nampaknya burger juga boleh ke angkasa dengan jayanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dalam Burger Ada Nachos?