Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Siapa sangka perniagaan durian mampu membuatkan seseorang itu menjadi jutawan? Itulah yang berlaku kepada beberapa pengusaha durian tempatan yang berjaya memeterai perjanjian sekitar RM2.87 bilion di Pesta Durian Malaysia 2017 yang berlangsung di Nanning, China, mulai 3 November lalu.
BACA: Ini Cara Sebenar Nak Tuang Sos Cili
Dalam tempoh dua hari acara berjalan, urus niaga di festival itu berjaya meraih 4 bilion yuan (RM2.5 bilion).
Kutipan tinggi itu berikutan pengunjung yang hadir mencecah 165,000 berbanding sasaran awal iaitu 100,000.
Lebih mengejutkan, ada yang sanggup terbang khas dari Liaoning dan memandu selama lima jam gara-gara mahu merasai nikmat durian Musang King.
Kejayaan besar itu turut mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mahu meluaskan pasaran durian Malaysia di negara itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Itu Teh Beng Jebok Madu
- SUMBER
- Free Malaysia Today