Setiap daripada kita mesti pernah bergelut untuk mengeluarkan cili sos dan tomato dari dalam botol dan lebih-lebih lagi kalau kandungan sos tersebut pekat. Kebiasannya kita akan mengguna pakai teknik ortodoks iaitu menghalakan bahagian muncung botol ke bawah lalu mengetuk bahagian belakang botol.

BACA: Ditahan Hanya Kerana Tembikai

Tahukah anda bahawa teknik itu sebenarnya salah?

Ini kerana cara lazim itu hanya akan mendatangkan dua keputusan: Sama ada sos tidak akan keluar langsung atau akan berlaku limpahan sos yang banyak.

Hakikatnya, cara yang biasa digunakan itu hanya akan memaksa sos untuk kekal di dalam botol.

Bagi membuatkan sos keluar dengan mudah, anda perlu membenarkan udara mengalir masuk ke bahagian muncung botol.

Menurut video yang dikongsikan George Zaidan di laman Youtube, apabila menggoncangkan botol dengan lembut, sos akan kekal pekat lantas sukar untuk keluar namun apabila mengetuk botol dengan terlalu kuat, kandungan zarah sos akan terurai lantas membuatkan sos mengalir tanpa kawalan!

George kemudiannya berkongsi teknik mudah bagi mengeluarkan sos dengan kuantiti terkawal.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah engan menghalakan muncung botol dalam keadaan 45 darjah lalu mengetuk di bahagian leher botol dengan perlahan.

Hasilnya, sos yang keluar akan mengalir dalam kuantiti terkawal.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!