Kisah Ibu Anak Lapan & 1000 Murtabak Boom
Bukan mudah untuk menyara kehidupan pada zaman sekarang ni lebih-lebih lagi bagi seorang ibu tunggal yang terpaksa menyara lapan orang anaknya.
Kesusahan yang dilaluinya membuatkan wanita itu bangkit untuk meneruskan kehidupan selepas kehilangan suaminya empat tahun lepas.
BACA: Nak Jimat Sambut Birthday Orang Tersayang? Ikut Cara Ini!
Zuriah Abdul Hamid, 39 tahun, berasal dari Kampung Gita Laut, Kuching, Sarawak, kehilangan suami tersayang akibat serangan angin ahmar semasa sedang hamil anak bongsu pada tahun 2013.
Pada mulanya, kehidupan dialami teramat susah kerana dia terpaksa mencari jalan untuk memberi makan kepada tujuh orang anaknya yang masih kecil pada ketika itu.
Menurutnya, dia melihat perniagaan murtabak boom yang diusahakan bersama arwah suaminya sebagai jalan penyelesaian untuknya meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri Tupong, allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman turut menolongnya semasa dia baru saja kehilangan suami apabila allahyarham menempah sebanyak 1,000 keping murtabak boom untuk rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2013.
“Saya melahirkan anak kelapan pada hari raya pertama, keluar hospital pada hari raya kedua, kemudian dibantu adik dan anak pertama Muhd Azri Rafiq Khamis ke pasar membeli bahan-bahan untuk menyiapkan tempahan tersebut,” jelasnya.
Berikutan itu, Zuriah rasa bersemangat untuk meneruskan perniagaan bersama arwah suaminya dan berjaya berniaga di beberapa lokasi sekitar bandaraya Kuching.
Selepas itu, dia mendapat pertolongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bagi program Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) dan diberi peralatan untuk berniaga bernilai RM5,000 dua tahun lepas.
Setahun kemudian, dia keluar dari program tersebut kerana mampu berdikari dan berjaya mendapat hasil yang memuaskan.
Selain itu, Zuriah turut memberi nasihat dan sokongan kepada para ibu tunggal supaya bangkit dan kuat demi anak-anak serta ceburi bidang perniagaan mengikut kemahiran yang ada untuk menyara keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN:
Roti Canai ‘Artis’ Berharga RM1
Roti Bakar Unicorn Wujud Di Malaysia?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT
- SUMBER
- MSTAR