Selain rasa dan bau yang harum, durian yang dikenali sebagai raja buah ini juga mempunyai manfaat untuk kesihatan pemakannya terutamanya bagi golongan lelaki dan pastinya selepas ini makin ramai yang akan memakan buah durian.

Menurut Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek buah durian mempunyai pelbagai kebaikan seperti buah-buahan yang lain tetapi patut diambil dalam kadar yang kesederhanaan.

BACA: Wanita Terengganu Paling Ramai Diabetes Di Malaysia

Oleh itu beliau mahu lebih banyak penyelidikan berkaitan durian dijalankan terutamanya tentang unsur-unsur afrodisiak yang terdapat dalam durian.

Afrodisiak bermaksud sesuatu makanan yang boleh menaikkan rangsangan seksual secara semulajadi.

“Ada kawan saya beritahu memang benar ada juga kajian mengatakan durian ini ada unsur-unsur afrodisiak, baik untuk lelaki, ya, dia kata.

“Dan kita akan meminta supaya badan-badan yang berkaitan membuat kajian yang lebih tentang soal ini,” tambahnya lagi.

Selain itu durian juga mempunyai manfaat sebagai antioksidan yang berperanan melambatkan proses penuaan.