Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah
Membaca atau belajar al-Quran tak semestinya berada di dalam kelas atau dalam bangunan sahaja. Ia juga boleh dilakukan di atas awan biru jika anda mampu.
Pemenang qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009 membuat kelainan apabila mengajar al-Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam sebuah jet mewah.
BACA: Muntah Paus Buat Lelaki Ini Jutawan
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman pernah memuatnaik video sehingga tular mengenai sesi pengenalan kelas mengaji dengan anak murid dalam jet peribadi mewah di laman sosial awal tahun ini.
Dia menaiki jet Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta (RM86 juta) sebelum ia berlepas ke Dubai dan pulang semula ke tanah air keesokan hari.
Menurut Elite Jets Sdn Bhd, harga biasa dikenakan untuk sesi belajar al-Quran dalam jet mewah itu mencecah puluhan ribu ringgit sejam mengikut jenis pesawat yang disewa, meliputi kos operasi untuk minyak, permit, insurans dan penyelenggaraan.
Pengurus Sharifah Khasif, Haryati Mohd Tahar memberitahu Sharifah telah beberapa kali membuat penerbangan berkenaan dan pernah membuat kelas hingga ke Jeddah, Arab Saudi.
Untuk pengetahuan anda, caj penerbangan yang dikenakan adalah lebih kurang AS$7,500 (RM30,585) sejam untuk seorang pelajar.
Selain itu, pelbagai pakej ditawarkan mengikut permintaan pelanggan, tempoh penerbangan dan jenis pesawat untuk ke mana-mana destinasi tidak kira di dalam atau luar negara.
Malah, terdapat pakej yang lebih murah ditawarkan untuk sesiapa yang ingin merasai pengalaman belajar mengaji dalam jet peribadi mewah yang tidak bergerak.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Chef Terkenal Yang Pernah Muflis
Sampai Hati Abaikan Bapa Lepas Kaya
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?
- SUMBER
- MSTAR