20 Tahun Hidup Dihurung Lalat
Kehadiran lalat dalam jumlah yang banyak pastinya akan membuatkan sesiapa saja tidak selesa untuk tinggal di kawasan seperti itu apatah lagi untuk makan di gerai yang dipenuhi lalat.
Sebuah kampung di Pahang sudah ‘lali’ dengan kehadiran lalat sejak 20 tahun lalu yang dikatakan berpunca daripada ladang ternakan ayam berhampiran.
BACA: Najis Burung Bersepah, Pelanggan Geli
Penduduk Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan hidup dihurung lalat sejak ladang ternakan ayam berdekatan kampung mereka beroperasi.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Mohd Rosli Yusop memberitahu rumah dan kedai makan antara tempat yang selalu dihurung lalat dalam jumlah yang banyak serta boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Menurutnya, mereka telah membuat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah lalat itu seperti memanggil Jabatan Kesihatan untuk memberi khidmat nasihat, pemeriksaan dan bantuan ubatan membasmi lalat tetapi tidak berhasil.
Tambahnya, masalah berkenaan tidak akan selesai jika pengusaha atau penternak ladang ayam itu tidak mahu menggunakan kaedah penternakan dalam reban tertutup.
Selain itu, pemilik warung di kampung tersebut, Saroddin Sidek, 46 tahun, berkata perniagaannya terjejas teruk akibat masalah itu kerana para pelanggannya jijik dengan persekitaran yang dipenuhi lalat.
Menurut salah seorang penduduk, Rahmah Ali, 38 tahun, meluahkan kehidupan seharian mereka turut terjejas dengan masalah yang telah lama wujud sejak 20 tahun lalu itu.
Diharap pihak berkuasa dapat mencari punca masalah ini dan mengambil tindakan kerana penduduk kampung tersebut sudah terlalu lama menderita.
ARTIKEL BERKAITAN:
Beli Ayam Goreng Mamak, ‘Percuma’ Ulat
Kaki Lipas Dalam Kopi, Ini Tindakan McD
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?
- SUMBER
- MSTAR