Bubur ayam McDonald’s menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutama ketika demam dan tiada selera untuk makan. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia atau bahan-bahan istimewa untuk membuat bubur itu yang sentiasa sedap sejak dari dulu hingga ke hari ini.

Berikut kami kongsikan resepi asal bubur McD yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook dikenali sebagai Juniza Johari.

BACA: Buat Sendiri Chizza Ala KFC

Gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan

Beras hancur Jasmin
1 sudu besar hirisan halia
1/2 cawan stok ayam jenama Maggie
Isi ayam dihiris nipis perap dgn halia(hilangkan bau hanyir)

Hiasan:
1 sudu besar hirisan daun bawang
1 sudu besar hirisan cili Merah
1 sudu besar minyak bijan

Gambar sekadar hiasan

Cara-cara

– Masukkan air masak suam ke dalam periuk nasi. Guna air suam supaya cepat masak.
– Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata.
– Kemudian, masukkan halia.
– Setiap 10 minit tambah air masak.
– Selepas itu, masukan stok ayam 10 minit terakhir sebelum diletakkan dalam mangkuk.
– Rebus hirisan ayam bersama perapan halia tadi dengan 500ml air rebus hingga masak dalam periuk lain.
– Letakkan hirisan ayam di atas bubur dan taburkan daun bawang, cili merah dan minyak bijan. Siap!

ARTIKEL BERKAITAN:
Jom Cuba Buat Apam Balik Red Velvet!
Chef Wanita Buatkan Daun Pandan Popular Di UK

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

[Vlog] Ini Video Terakhir Dari Kami