Di Malaysia, agak menggelikan jika kita terpijak atau terpegang gula-gula getah yang dibuang oleh orang tak bertanggungjawab sama ada di tangga, tepi jalan atau laluan di tempat awam.

Berbeza di Seattle, Amerika Syarikat di mana terdapat kawasan dinamakan Gum Wall Alley iaitu dinding yang dipenuhi gula-gula getah.

BACA: Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Sumber dari cari.com.my

Walaupun ia kedengaran agak menggelikan, namun lorong Pike Place Market yang dipenuhi gula-gula getah itu dikatakan mempunyai seni artistik yang tersendiri.

Sumber dari cari.com.my

Seluruh dinding di lorong itu dipenuhi tampalan gula-gula getah oleh pelancong dan warga tempatan yang menampal gula-gula getah selepas mengunyahnya sehingga kenyal.

Ada pelbagai bentuk yang dibuat oleh pelancong seperti nama, bentuk hati, lukisan patung dan banyak lagi. Malah, ramai yang tak lepaskan peluang mengambil gambar berlatar belakangkan dinding yang berwarna-warni itu.

Sumber dari cari.com.my

Namun, pada 10 November 2015, pihak berkuasa telah membersihkan dinding tersebut bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada gula-gula getah selepas aktiviti itu dilakukan sejak tahun 1990.

Sumber dari cari.com.my

Malangnya, orang ramai masih melekatkan gula-gula getah di kawasan itu sehingga ke hari ini walaupun nota amaran dilarang melekat gula-gula getah digantung di dinding berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Punggung Monyet Jadi Punca Kemalangan
Budak Ada Ekor Jadi Tuhan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tergeliat Lidah Nak Sebut