“Kekok Tanpa Isteri”
Di saat semua gembira pada pagi raya, ada yang bersedih kehilangan orang yang disayangi. Ada juga yang terpaksa beraya di hospital gara-gara mercun dan kemalangan jalan raya.
Kehidupan harus diteruskan walaupun masih bersedih demi mencari rezeki untuk menyara kehidupan bersama anak-anak. Itu yang terjadi kepada Mohd Azami Abu, 34 tahun, yang kehilangan isteri tersayang pada pagi 1 Syawal lepas.
BACA: Ayam Percik Abang Sado Laris Di Bazar Ramadan
Sebelum ini, Azami berniaga di Seksyen 7, Shah Alam dengan menjual pelbagai jenis makanan bergoreng seperti keropok lekor, cucur udang, cekodok pisang dan pisang goreng bersama isterinya, Allahyarham Fausiah Musji, 32 tahun.
Namun, dia mengalami kesukaran untuk berniaga selepas kehilangan isteri tercinta akibat injap jantung sempit pada hari raya pertama.
“Bagaikan hilang separuh nyawa namun saya perlu kuat untuk berdepan dan melakukan segala-galanya demi anak,” ujarnya yang mempunyai empat orang anak berusia dari setahun hingga 10 tahun.
Kisahnya juga sebelum ini menjadi tular di laman sosial Facebook setelah seorang lelaki bernama Ahmad Faizal Murtadza memuat naik status mengenai kisah kehidupan Azami yang masih kuat bertahan untuk mencari rezeki buat keluarganya walaupun baru sahaja kehilangan isteri.
Azami turut menyatakan bahawa dia mula berniaga sejak tahun 2008 bersama isterinya serta tidak pernah berenggang daripadanya kerana mereka berdua bersama-sama mengusahakan gerai tersebut.
“Kami tiada pembantu dan semua kerja seperti menyediakan bahan serta menggoreng dibuat oleh arwah isteri. Saya hanya sibuk melayan pelanggan dan jika seorang daripada kami sakit, kami akan menutup perniagaan hari itu,” tambahnya lagi.
Dia turut berkata, segalanya rasa berbeza dan dia agak kekok bekerja tanpa isterinya tetapi dia harus kuat demi anak-anaknya.
Semoga Azami sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini dan sama-samalah kita menyokong perniagaannya supaya dia berjaya satu hari nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki
- SUMBER
- HARIAN METRO