Chef Wan dikenali sebagai seorang chef selebriti yang lantang apabila memberi pendapat terutama di akaun laman sosial miliknya.

Jika sebelum ini heboh dikatakan Chef Wan menegur ahli keluarganya dan tetamu datang beraya, kini dia lagi sekali menarik perhatian orang ramai apabila memberi pendapat mengenai harga ikan yang dikatakan mahal.

BACA: Chef Wan ’Tegur’ Tetamu Datang Beraya

Chef selebriti terkenal tanah air ini memuat naik satu gambar hidangan ikan sambil menulis tajuk yang agak panjang di akaun laman sosial Instagram miliknya pada 2 Julai yang lalu.

Dah malas mlm2 ni asyik makan sedap2 dua tiga hari ni mlm ni bantai goreng Ikan Masak kicap aja Ikan Kurau ini. Fish these days are so expensive sangat. Ambil ikan merah 3 keping besar sedikit nak buat soup Ikan pun dah harga rm40.00 i am shocked each time i shop for seafood in this country. Nothing is cheap anymore in Malaysia despite our government melaung laung kan yg our economy is improving. Iyo la kan ajo… Each time i shopped i always terfikir mcm mana la golongan yg bawah in this country have to survive on a day to day basis. My sister just called tadi " Nak datang ni apa2 yg ada tu keluar kan la" We are all going to Malacca esok to visit my dad sister that is sick with Cancer living in Alor Gajah. So she is spending a night here tonight. I said to her tadi " Banyak cantik dah mlm2 buta org nak tengok cerita hindustan Kuch 2 Hota hai dgn emak ni di TV kau nak dtg makan mlm? Kita tuan rumah masak Ikan goreng Cikap aja tau dah tak kuasa nak ke dapur. Pi Kedai makan dahulu baru dtg la! Hee hee bagus budi bahasa i kan. Nasib baik la kita adik beradik kan jika saudara mara pasti kena ke dapur jugak. Saya ingat lagi betapa besar hati arwah my late grandmother Nenek Nun tu. Those days asal kan saudara mara dtg aja time nak dinner or lunch she will work herself out with me helping her to cook several dishes janji boleh menjamu tetamu biar pun mereka sampai lewat kita makan 9 ke 10mlm makan la tak kisah. Begitu la zaman2 dahulu. Zaman sekarang nak datang rumah makan kena suruh pergi kedai boleh? Jawabnya tak kuasa.Alasan saya aku dah tua bukan ada bini pun nak ke dapur membantu. Also its my habit that if i were to recieve any visitors to my home i really dont like surprises. I prefer mereka call dahulu supaya saya boleh melayan dgn baik menerima tetamu. May be i lived in America for 14 yrs dahulu and dah used to this way of entertaining guests only when they are invited for a dinner party. Jika tidak setakat minum2 coffee dan makan ringan2 pun aja la if they guests arrived at the time when i am busy. It seem more practical and approriate to do so. Jika tidak saya rasa we will intrude on other people privacy and i personally feel we need to respect that as well.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Dia menyatakan rasa terkejutnya kerana harga ikan merah yang dibelinya mahal iaitu RM40 untuk tiga keping ikan. Dia membeli ikan tersebut kerana ingin masak sup ikan merah namun terkejut dengan harga makanan laut di negara ini yang disifatkan sebagai mahal.

“Fish these days are so expensive. Ambil ikan merah 3 keping besar sedikit nak buat soup ikan pun dah harga RM40.00,” ujarnya.

Dia turut menambah bahawa tiada apa yang murah untuk dibeli di negara ini malah turut tertanya-tanya bagaimana golongan bawahan menjalani kehidupan mereka seharian dengan kenaikan harga yang tinggi sebegini.

“Despite our government melaung laungkan yang our economy is improving.. Iyo la kan ajo..” sindirnya dalam nada bersahaja.

Mungkin Chef Wan boleh mencipta atau berkongsi resepi yang tidak menggunakan bahan mahal seperti ikan untuk kita semua supaya kita dapat berjimat ketika membeli barang dapur.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ayam Goreng Berkah MERAH Menyala! | Day 2 In Jakarta