Ini Kebaikan Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais
Bila cuti panjang, kita pasti akan membawa keluarga balik kampung atau pergi bercuti. Peralatan elektrik juga akan ditutup kecuali yang penting seperti peti ais.
Pernahkah anda terfikir jika berlaku bekalan elektrik terputus seketika selama meninggalkan rumah anda? Pastinya barang basah akan rosak jika bekalan elektrik tiada.
BACA: Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar
Seorang pengguna Facebook, Rizzal Abdullah, berkongsi tips yang diberi oleh seorang individu bernama Uncle Chan untuk mengetahui sama ada bekalan elektrik pernah terputus atau tidak sepanjang kita tiada di rumah.
Menurutnya, Uncle Chan memberitahu cara untuk mengetahui berapa lama peti ais tidak berfungsi adalah dengan meletakkan duit syiling di dalam gelas plastik lut sinar.
Anda hanya perlu mengisi air 3/4 gelas dan letak ke dalam peti ais beku hingga ia menjadi ais. Kemudian, letakkan duit syiling di atas gelas yang dipenuhi ais tadi.
Tiap kali balik dari bercuti, anda boleh periksa jika duit syiling itu tenggelam atau tidak. Jika tenggelam, maknanya ais pernah cair kerana mengalami gangguan elektrik.
Jika ais masih berada di permukaan atas sama seperti anda letakkan sebelum ini, rumah anda tidak mengalami gangguan elektrik dan makanan yang disimpan masih elok untuk dimakan.
Memang bagus idea sebegini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kita daripada termakan makanan tidak elok.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tuna Gergasi Dijual RM1.3 Juta Seekor!
Ini Maksud Rekaan Bekas Makanan Kitar Semula
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Sebab Kenapa Kami Tidak Mahu Balik Dari Lombok
- SUMBER
- FB RIZZAL ABDULLAH