Kes pembunuhan kejam yang berlaku di stesen minyak yang menggemparkan negara ini pada Disember tahun lepas masih lagi tidak selesai kerana suspek dipercayai terlibat dalam kes itu melarikan diri ke negara jiran, Thailand dan menyembunyikan diri di sana.

BACA: Suspek Tikam Di Stesen Minyak Direman

Sumber dari mynewshub.cc

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, memberitahu pihaknya sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dengan bantuan Polis Diraja Thailand (RTP).

Menurutnya, pihak mereka mempunyai rekod suspek-suspek tersebut memasuki negara itu dan dipercayai suspek utama turut berada di sana.

Malah, mereka hanya tunggu masa untuk diberkas berikutan pihak Bukit Aman juga mempunyai gambar, maklumat serta dokumen suspek.

“Mereka (RTP) amat positif terhadap permintaan kita. Saya berkeyakinan,” ujarnya penuh yakin.

Terdahulu, polis telah menahan seramai 14 orang untuk siasatan termasuk seorang suspek utama pembunuhan. Walau bagaimanapun, 11 orang telah pun dibebaskan kecuali suspek utama yang dipercayai menikam mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN:
19 Pelajar UPNM Tak Mengaku Bunuh
Bos Tak Lulus Cuti Mati Ditikam Pekerja

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)