Datang Kenduri Kahwin Dapat Sekampit Beras
Biasanya jika kita pergi ke kenduri kahwin, kita akan dapat cenderahati seperti gula-gula, coklat, bunga telur, tuala kecil, kek dan sebagainya.
Namun berbeza bagi kenduri di Taman Sri Lichong, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan, apabila keluarga pengantin lelaki mengambil keputusan untuk memberi sekampit beras sebagai cenderahati kepada tetamu yang datang.
BACA: Majlis Kahwin Bertemakan Tahun 60-an
Ayah pengantin lelaki, Azmi Mohd Noor, berkata dia memperuntukkan sebanyak 7,000 kampit beras untuk diberikan kepada 7,000 tetamu yang hadir.
“Alhamdulillah majlis menyambut menantu berjalan lancar dan kediaman kami dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Idea untuk memberi beras kepada semua tetamu bagi menghargai mereka yang datang sambil beramal,” ujarnya.
Menurutnya, sebanyak lima ekor lembu, tujuh ekor kambing bakar dan 500 ekor ayam dimasak secara bergotong-royong untuk kenduri kahwin anak lelakinya, Mohd Nasruddin Azmi dan pasangan, Nor Suhaida Mohamad.
Tambahnya, disebabkan dia jarang membuat majlis keraian, maka dia meraikan tetamunya dengan cenderahati sekampit beras.
“Apa yang saya lakukan ini bukan untuk meraih populariti, sebaliknya hanya mahu meraikan tetamu,” jelasnya.
Memang rare sungguh hadiah cenderahati majlis kahwin keluarga Azmi ini. Sekurang-kurangnya dia dapat menolong mereka yang dalam kesusahan dengan memberikan beras sebagai hadiah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Remaja Meninggal Di Kenduri Kahwin
251 Pengantin Ditaja Saudagar Berlian
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tempat Makan Di Taman Tamadun Islam Terbongkar!
- SUMBER
- HARIAN METRO