Sabah Dah Lama Buat, Kelantan Bukan Pertama
Kelantan dikatakan bukan negeri pertama yang melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai kerana negeri Sabah telah melaksanakan hukuman itu terlebih dahulu.
BACA: Dim Sum Babi Tak Laku, Orang Islam Disalahkan
Ketua Hakim Syarie Sabah, Datuk Jasri Nasip Matjakir berkata, hukuman sebat dilaksanakan pada dua tahun lepas ke atas dua orang pesalah di dewan mahkamah syariah Tawau, Sabah.
“Selain itu, pada tahun 2014 juga ada seorang pesalah wanita dikenakan hukuman rotan tetapi ditangguhkan selepas pesalah terbabit disahkan sedang hamil oleh pegawai perubatan,” katanya.
“Wanita itu disabitkan kesalahan melakukan persetubuhan haram dan dijatuhi enam sebatan, penjara tiga tahun serta denda sebanyak RM5,000. Bagaimanapun, atas permintaannya dia hanya dihukum sebat.” tambahnya lagi.
Difahamkan hukuman terhadap wanita tersebut dilaksanakan di dewan mahkamah berdasarkan cadangan daripada Jabatan Penjara berikutan hukuman itu tidak dapat dibuat di penjara.
Datuk Jasri Naip menyatakan sedemikian bagi mengulas kerajaan Kelantan yang memutuskan untuk melaksanakan hukuman sebat di hadapan orang awam bermula September depan seperti yang didakwa oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad sebagai yang pertama di negara ini.
Menurutnya lagi, pesalah harus diperiksa oleh pegawai perubatan sebelum dihukum sebat supaya pegawai perubatan dapat mengesahkan keadaan kesihatannya terlebih dahulu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan pindaan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah 2002 pada rabu lepas yang membenarkan pesalah zina, liwat dan minum arak dihukum sebat di khalayak ramai.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Memang Betul, Kelantan Syurga Makanan! | Kelantan Part 1
- SUMBER
- BERITA HARIAN