Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dengan keadaan cuaca hujan lebat dan sentiasa peka degan ramalan serta amaran cuaca sepanjang tempoh peralihan monsun yang dijangka bermula semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menerusi kenyataan berkata, fasa peralihan monsun akan berterusan mulai 27 Mac sehingga pertengahan Mei tahun ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

BACA: Malaysia Bakal Dihujani Hujan Meteor

Sepanjang tempoh ini, kawasan serantau negara akan mengalami tiupan angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang rendah.

“Keadaan cuaca yang lazim semasa tempoh monsun ialah hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam,” kata kenyataan itu.

 

Kawasan yang lebih kerap berlaku adalah negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

Katanya, ribut petir kuat yang disertai hujan lebat dan angin kencang itu boleh menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang MET www.metgov.my atau laman sosial Facebook Malaysiamet.

ARTIKEL BERKAITAN:
Malaysia Bakal Berdepan Gelombang Kedua Banjir Ribut
Ini Sebab Sebahagian Gunung Kinabalu Runtuh

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu