Ais Kepal Makanan Dari Zaman Kuno?
Tak kira siapa pun kita sama ada muda, tua, miskin atau kaya semua pasti menggemari aiskrim dan kita mampu untuk menikmatinya. Tapi tahukah anda satu masa dulu aiskrim hanya layak untuk dinikmati oleh golongan Bangsawan sahaja, dimakan dalam acara rasmi dan salah satu hidangan untuk menyambut tetamu.
Sebelum aiskrim jadi secantik sekarang, dengan kepelbagaian perisa dan rasa, pernahkah kita terfikir macam mana orang-orang dulu menikmati aiskrim. Ya aiskrim sudah dimakan sejak zaman Yunani kuno lagi.
Orang Yunani Kuno dah mula makan ais kepal
Pada abad ke-5 sebelum Masihi orang Yunani kuno makan salji yang dicampur dengan madu dan buah-buahan. Hippocrates atau bapa perubatan moden menggalakkan pesakit Yunani supaya makan aiskrim sebab katanya boleh merangsang badan dan meningkatkan kesejahteraan.
Orang Parsi pada 400 Sebelum Masihi telah mencipta makanan sejuk mereka dengan campuran air mawar dan Vermicilli yang akan dihidangkan pada musim panas. Hidangan mereka juga dicampur dengan Safron dan buah-buhan.
Di China pula pada tahun 200 Sebelum Masihi campuran susu dan nasi beku digunakan sebagai hidangan sejuk mereka. Mereka menuang salji dengan garam di atas bekas yang penuh dengan sirap.Manakala di India pada abad ke-16 ais dibawa dengan kuda kepada Maharaja Mughal. Kulfi adalah pencuci mulut tenusu yang popular dari benua India dan sering digambarkan sebagai “ais krim tradisional India.” Ia berasal dari abad ke-16 di Empayar Mughal.
Cara orang-orang zaman dulu menikmati hidangan sejuk mereka tak ubah macam ais kepal kita sekarang. Jadi macam mana aiskrim boleh ada kon?
Abad ke-19 baru ada aiskrim kon
Pada abad ke-18 aiskrim sudah mula dapat dinikmati oleh orang biasa. Aiskrim menjadi popular dan murah di England pada pertengahan abad ke-19. Agnes Marshall , yang digelar sebagai “ratu ais” di England, telah mempopularkan resipi ais krim. Beliau telah mencipta kon untuk aiskrim iaitu bekas aiskrim yang boleh dimakan di perbuat dari badam yang dibakar dalam ketuhar. Aiskrim mula popular di seluruh dunia pada abad ke-20.
Pada 1926 seorang jurutera Jerman Carl Von Linde telah mengembangkan penyejuk industri atau peti sejuk untuk mengkomersialkan aiskrim. Sekaligus menghapuskan cara tradisional dalam pembuatan aiskirm iaitu memotong ais dan menyimpannya secara semula jadi.
Kita ada aiskirim goreng
Aiskrim moden terus berkembang dan mendapat tempat pada penggemarnya. Bermacam-macam cara kita menikmati hidangan aiskrim. Dari awalnya hanya sebagai ais kepal dan hanya layak dimakan oleh golongan bangsawan, kini aiskrim boleh dinikmati oleh semua penduduk dunia. Dan di negara kita terkenal dengan aiskrim potong, aiskrim goreng dan ais krim Malaysia. Jadi anda boleh lah pilih nak makan aiskrim apa untuk berbuka nanti.