Hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bantuan khas sebulan gaji dengan membabitkan nilai berjumlah RM31.2 juta kepada 17,109 kepada penjawat awam Selangor sempena sambutan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Azmin juga turut mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan di Selangor.

BACA: BR1M Diberi Sebelum Hari Raya, Ganti Nama Lain

Tambahnya lagi, pembayaran bantuan tersebut akan dibuat pada 25 Jun ini ianya bagi mengelak penjawat awam berbelanja berlebihan untuk sambutan Hari Raya.

Azmin yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberitahu, 10 peratus daripada bantuan khas kewangan itu akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia dan ia hanya dikenakan kepada pegawai gred 44 ke atas.

“Sumbangan 10 peratus itu adalah atas semangat patriotik penjawat awam yang tidak mahu tertinggal dalam usaha murni untuk mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran lama,” katanya kepada Harian Metro.

Best betul jadi penjawat awam Selangor. Boleh la guna wang bantuan tersebut untuk cover balik perbelanjaan lepas raya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Roti Telur Cheese Power Bak Hang