Jika anda seorang mak nyah atau pondan, jangan risau kerana anda masih layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.

Menurut Akademi Pilihan Raya (APR) Suruhanajaya Piliharan Raya (SPR), golongan tersebut perlu mengisi dan menandatangani dokumen khas yang dinamakan sebagai ‘Borang 11’ sebelum mengundi.

BACA: Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan

Didalam borang berkenaan, pengundi perlu mengesahkan identiti asal mereka seperti dalam kad pengenalan walaupun penampilan mereka tidak sama seperti di dalam kad pengenalan.

Pendaftar APR, Nik Aminudin Nik Shahar berkata, tak kira sama ada lelaki berpakaian seperti wanita, mereka tetap boleh mengundi.

“Walaupun bakal pengundi berpenampilan seperti wanita dan jantina yang tertera pada kad pengenalan adalah lelaki, pengundi tersebut masih boleh mengundi.

“Ia mungkin menyukarkan kerja kakitangan atau kerani di pusat pengundi untuk mengenali identiti mereka namun golongan ini masih boleh mengundi,” katanya kepada The Star.

ARTIKEL BERKAITAN:
Israel Beri Nama Stesen Kereta Api Donald Trump
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Best Di Sungai Petani?