Rendang Rangup Wujud, Chef Jo Kongsi Resepi!
Selalunya kita menikmati rendang ayam yang lembut. Bagaimana pula rasanya rendang ayam rangup? Ada ke rendang ayam rangup?
Siapa kata rendang tak rangup? Sebenarnya memang ada rendang ayam rangup yang anda boleh cuba.
BACA: Rendang Ayam Tak Rangup, Tersingkir MasterChef UK
Baru-baru ini, Chef Johari Edrus, bekas pengadil MasterChef Malaysia memperkenalkan menu baru Rendang Ayam Rangup Crispy di restorannya Symphony by Chef Jo di Damansara City Mall.
“Jom cuba rendang ayam rangup Crispy Jo hari ini! Boleh didapati dalam kuantiti terhad dan seminggu sahaja,” kongsinya di Instagram.
Hi sahabat semua jom kita tonton #masterclass dari #cmkchefmukaketat .Resipi ni dah di "patern" kan hanya untuk dihidang di #symphonybychejo sahaja. Tunggu kemunculannya tidak lama lagi. Hidangan istimewa ini hanya akan berada selama seminggu sahaja. Jadi tunggu kemunculannya. Kena buat tempahan…kalau tidak menyesal nanti… mesti cuba. #crispyjohn#jomtonton#kamisayangchefjo#chefjoberbagiilmu#crispychickenrendang#malaysianfood
Posted by Johari Edrus on Wednesday, 4 April 2018
Chef Jo turut kongsikan foto hidangan tersebut dan video ringkas cara menyediakan rendang ‘rangup’ tersebut di media sosial.
Menu baharu Chef Jo itu dipercayai ditujukan kepada kontroversi rendang ayam yang dikatakan “sepatutnya rangup” dalam pertandingan MasterChef UK baru-baru ini.
Lepas ni, giliran siapa pula yang mahu mengajar ‘orang putih’ rasa randang ayam sebenar?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?
- SUMBER
- The Malay Mail Online