Khas buat kakitangan awam, parti Barisan Nasional berjanji membenarkan kaum bapa untuk bercuti tanpa rekod selama 10 hari apabila isteri melahirkan anak.

Sebelum ini, kakitangan lelaki sektor awam hanya diberikan cuti paterniti berbayar selama tujuh hari bagi menjaga isteri bersalin.

BACA: Pekerja Lelaki IKEA Dapat Cuti Sebulan Bergaji?

Menerusi Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang dilancarkan Sabtu lalu, BN juga bercadang untuk menaikkan jumlah pemberian unit amanah percuma ADAM50 untuk membantu ibu bapa muda.

Ini antara manifesto lain yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak jika Barisan Nasional menang PRU ke-14.

1. Mengangkat status nutrisi kanak-kanak berusia enam bulan hingga enam tahun dalam kalangan keluarga miskin tegar.

2. Mendorong majikan untuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dengan insentif khas selepas pelepasan cukai.

3. Memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.

4. Memperuntukkan cuti khas tujuh hari setahun kepada wanita yang menjaga anak atau saudara terdekat yang sakit.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)