Dulu Jejaka Gemuk, Kini Jadi Putera Disney
Siapa sangka seorang jejaka yand dahulunya gemuk berjaya mengubah penampilannya menjadi seorang putera dan kini viral di media sosial.
Jeffry Kendall, 26 tahun dari Connecticut, Amerika Syarikat, sering menjadi mangsa buli kerana saiz badannya yang besar. Namun pada 2015, kehidupannya berubah setelah kematian ibunya yang menghidap aneurisme otak.
BACA: Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Melihat penderitaan ibunya membuatkan Kendall tekad untuk memula hidup baru yang lebih sihat.
Hasil usahanya menjaga pemakanan dan bersenam, Kendall berjaya menurunkan berat badan sehingga 31 kilogram dalam masa empat bulan.
Menurut Kendall, dia banyak lakukan senaman yoga. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah untuk menghilangkan tekanan dalam hidupnya.
Kendall menjadi bualan ramai di media sosial dan menyamakannya dengan watak Putera dalam kartun animasi Beauty and The Beast.
Ramai juga yang mencadangan Kendall untuk menjadi modal syampu memandangkan dia memiliki rambut yang cantik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
15 Ketul Nugget Dalam Masa 60 Saat?
- SUMBER
- Sinar Harian