Jika minggu lalu, Chef Jo kongsikan resepi cara untuk membuat Rendang Ayam Rangup, kali ini giliran IKEA pula memperkenalkan menu tersebut.

Menerusi Facebook, IKEA Malaysia membuat pengumuman tentang menu bary tersebut yang sudah pun mula dijual pada 13 April lalu sehingga 30 April ini.

BACA: Rendang Rangup Wujud, Chef Jo Kongsi Resepi!

Promosi Randang Ayam itu berharga RM18.90 untuk 6 ketul ayam dan boleh didapati di semua restoran IKEA di Malaysia.

Image via Cempedak Cheese

IKEA Singapura juga turut memperkenalkan menu yang sama dengan harga $9 (RM26.60) untuk 6 ketul rendang ayam.

Rata-rata netizen teruja dengan menu baru tersebut dan teringin untuk mencuba. Tidak kurang juga ada yang mengecam kerana resipi rendang ayam sepatutnya dikekalkan.

Image via Cempedak Cheese

Ada juga yang sudah mencuba menu tersebut dan mengatakan ayam ianya hanya ayam goreng biasa yang disaluti dengan kuah rendang sahaja.

Apa-apa pun IKEA dilihat bijak menggunakan kesempatan untuk mempromosikan produk makanan mereka seperti restoran makanan segera lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?